Saturday, June 13, 2009

Orang Islam yang bersyukur apabila dikatakan yang hak, dia menerima.Apabila diuji dia pasrah.Apabila dikatakan suatu itu haram dia reda.Apabila wajib, dia bersungguh beramal dengannya.

Orang Islam yang sedar tujuan hidupnya akan sentiasa sebarkan yang hak.Dia sedar hidup di dunia tidak ubah seperti pengembaraan yang menuju pada suatu yang kekall.Yang berat amat solehnya akan ke syurga manakala yang sebaliknya akan ke neraka.

Orang yang berpegang teguh pada tali Allah akan terus bahagia.Orang yang lalai dengan kilauan dunia ibarat orang yang melepaskan sesuatu yang dia bergantung kepadanya.Dia ibarat jatuh dan tiada arah untuk dituju.Dia terus dibiarkan untuk menentukan takdirnya sendiri tanpa panduan dan matlamat yang jelas.


READ MORE

Thursday, June 11, 2009




Jika ada sesiapa yang ingin belajar secara online, pergi ke http://www.mymkkk.tv/

READ MORE

Tuesday, June 9, 2009



Terdapat 3 syarat untuk ilmu 'menjaga' kita.

Pertama: mencari ilmu
Kedua : beramal dengan ilmu
Ketiga : meyampaikan ilmu

Orang yang benar-benar hebat dapat menjadikan orang di sekelilingnya hebat.Jika orang yang hebat dan kaya dengan ilmu jika tidak berupaya mengajarkannya kepada orang lain seolah-olah ilmunya tidak bermanfaat.

Jika seorang ustaz tidak mampu menegur kesalahan anak muridnya adalah contoh ilmu ustaz tersebut tidak bermanfaat.Seorang doktor gigi yang tidak mejaga kesihatan giginya juga memiliki ilmu tetapi tidak bermanfaat.Seorang mufti apabila tidak berupaya menegur suatu kesalahan dalam kerajaan juga tidak memiliki ilmu yang bermanfaat.

Doa yang diajar kepada kita supaya dapat dielakkan memiliki ilmu yang tidak bermanfaat ialah:

Ya Allah jauhkanlah diri kami dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas serta doa yang tidak dimakbulkan.

Selamat beramal.
READ MORE

Monday, June 8, 2009



"Bagaimana kita ingin masuk ke syurga sedangkan diri kita sering dikelilingi dengan dosa", kata ustaz Azhar kepada murid-muridnya.

Suasana kelas amat menenangkan setiap kali ustaz Azhar bercerita.Semuanya khusyuk mendengar ustaz Azhar mengajar.Ustaz Azhar merupakan guru baru di sekolah tersebut.

Ustaz Azhar menambah,"Saya susah untuk menyalahkan kamu kerana suasana tidak dapat mendidik kamu menjadi insan soleh.Semua orang sering berdoa Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus seperti yang kau beri kepada para nabi, orang-orang yang benar, orang yang mati di jalan agamamu dan orang-orang soleh.Adakah kita layak bersama mereka?"

Faisal mencelah , "Habis tu macam mana ustaz?Saya tak nak masuk neraka".Faisal cuba membayangkan bagaimana keaadan neraka yang panas dan mengerikan.Badannya menggigil dan mukanya pucat penuh dengan kerisauan.Kawan-kawan Faisal mentertawakannya dan ada juga yang menyindirnya.Faisal memang dikenali sebagai budak yang sedikit nakal dan sering membuat masalah di sekolah.

Kringgggggggg.....

Loceng menandakan waktu rehat.Semua orang berebut-rebut ingin keluar kelas.

Faisal dengan muka muram pergi berjumapa dengan ustaznya.Faisal mengulangi soalannya tadi kepada ustaz Azhar.

"Kamu tahu tak kamu boleh terus mendapat pahala walaupun kamu telah meninggal dunia?"

Faisal menggelengkan kepala.

"Jika kamu mengajar orang membuat kebaikan dan orang tersebut mengamalkannya kamu juga turut mendapat pahala amalan tersebut.Jika ilmu kamu terus diajar selepas kamu meninggal kamu akan akan terus mendapat pahala."Ustaz Azhar mulakan hujahnya.

"Saya memberi contoh Imam Syafie.Pendapatnya sering menjadi ikutan kepada umat Islam contohnya Imam Syafie mengajar kita cara solat seperti Rasululah.Cuba bayangkan seiap hari berapa juta orang solat dan berapa juta orang bermazhab Imam Syafie.Hasil daripada ajaran Imam Syafie, semua orang dapat mengikut sunnah dan pahala turut sampai kepada Imam Syafie sehingga ke hari ini.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Dia tidak akan mesia-siakan taubat hambanya"Ustaz Azhar menambah.

Faisal mula tersenyum tanda puas kepada jawapan ustaznya.


READ MORE




Salam perkenalan untuk semua umat Islam.

READ MORE